Kerjaya tentera Eugen_Ritter_von_Schobert

Selepas Perang Dunia I, Schobert kekal didalam Reichswehr dan kemudian Wehrmacht, beliau terus naik pangkat. Beliau adalah Inspektor Infantri dari Disember 1933 hingga September 1934 dan kemudian memerintah Divisyen Ke-17 Infantri dan Divisyen Ke-33 Infantri.[1] Beliau mengambil alih pemerintahan Kor VII (VII. Armeekorps) pada 4 Februari 1938.[2]

Perang Dunia II dan kematian

Pada September 1939, Schobert memimpin Kor VIInya dalam pencerobohan Poland sebagai sebahagian daripada simpanan Kumpulan Tentera Darat Selatan. Pada Meiā€“Jun 1940, Kornya, sebahagian Tentera Darat Ke-16 Jeneral Ernst Busch dalam Kumpulan Tentera Darat A, terlibat dalam pencerobohan Belgium dan Luxembourg serta Pertempuran Perancis. Beliau menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana kejayaannya memecah masuk Garis Maginot dan menawan Nancy dan Toul.[3] Beliau kekal memerintah kor itu semasa persediaan untuk menceroboh Great Britain.

Pada September 1940, Schobert telah diberi memerintah Tentera Darat Ke-11. Ketumbukan itu ditugaskan ke Kumpulan Tentera Darat Selatan bagi Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union. Semasa operasi kombat di selatan Soviet Union, Schobert terkorban apabila pesawat pemerhati Fieseler Storch terhempas didalam kawasan periuk api Soviet. Wartawan perang Jerman, Leo Leixner, telah menulis biografi Schobert.[4]